Email: gimnastikmsspp@gmail.com

Khamis, 25 Mac 2021

Kuiz Atas Talian – Kenali Sukan MSSM: Gimnastik & Gimrama

 

OBJEKTIF

1. Mendedahkan pengetahuan umum tentang sukan Gimnastik Artistik dan Gimrama.

2. Memantapkan pengenalan sukan Gimnastik Artistik dan Gimrama.


TARIKH   : 30 Mac 2021 (Selasa

MASA       : 11.00 pagi-1.00 petang (2 jam)

TEMPAT  :  Lokasi masing-masing

 KAEDAH :  Link kuiz:          https://qrgo.page.link/uFMX5  

PESERTA : Semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Pulau Pinang sahaja.


PENYERTAAN

1. Program ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menegah di Negeri Pulau Pinang.

2. Setiap peserta wajib membuat pendaftaran dengan mengisi Google Form dan hantar pada 30 Mac 2021 semasa link pertandingan dibuka. 


PELAKSANAAN

1. Skop pertandingan kuiz terdapat 2 bahagian, iaitu Bahagian teknikal (peraturan dan undang-undang MSSM dan MSSPP) dan Bahagian Umum (buku teks PJPK sekolah rendah dan sekolah menengah). Bahan rujukan akan upload di blogspot MSSPP iaitu   https://gimnastikmsspp.blogspot.com/   (sidebar sebelah kanan: Undang-Undang/ Peraturan/ Sukatan Gimnastik + Gimrama ***Bacaan Kuiz Online***

2. Kertas pertandingan kuiz online mengandungi 50 soalan objektif, masa diperuntukkan adalah 2 jam. 

3. Link akan dibuka pada 30 Mac 2021, pukul 11.00 pagi dan akan ditutup pada pukul 1.00 petang. 

4. Murid-murid yang menyertai pertandingan kuiz dan mendapat sekurang-kurang 10 markah dan keatas akan diberi e-sijil penyertaan peringkat negeri.

 

 PENCAPAIAN

 1. Murid-murid yang mendapat markah seperti jadual di bawah akan mendapat E-sijil seperti berikut:

Markah

E-sijil

41-50

Emas

31-40

Perak

21-30

Gangsa

10-20

Penyertaan

0-9

Tiada sijil

 2. Murid-murid yang mendapat markah tertinggi dan hantar kertas tercepat, akan mendapat E-sijil Pencapaian dan Pingat Peringkat Negeri seperti kategori di bawah:

Bil

Kategori Individu

Pingat

1

9 tahun ke bawah

Emas

Perak

Gangsa

2

12 tahun ke bawah

Emas

Perak

Gangsa

3

15 tahun ke bawah

Emas

Perak

Gangsa

4

18 tahun ke bawah

Emas

Perak

Gangsa

 3. Sekolah yang mempunyai peserta yang paling ramai dan mengumpul jumlah markah yang tertinggi akan memenangi Trofi Johan Keseluruhan.

Bil

Kategori

Trofi

1

Sekolah Rendah

Johan Keseluruhan

2

Sekolah Menengah

Johan Keseluruhan

 4. E-sijil akan dihantar melalui Email MOE masing-masing.  Sijil pencapaian dan pingat  serta Trofi Johan Keseluruhan akan diedar ke sekolah selepas keputusan dibuat. Sila pastikan butiran yang diisi adalah tepat dan benar. 

**Setiap murid hanya dibenarkan untuk menjawab soalan kuiz ini SEKALI sahaja.



 


Selasa, 16 Mac 2021

Program Transformasi Bakat Tunas Gimnas - Latihan Kecergasan secara Atas Talian

OBJEKTIF

1.  Melaksanakan latihan kecergasan yang bersistematik dan berfasa.

2. Mengenalpasti atlet yang terbaik serta bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyertai kejohanan MSSPP dan MSSM 2021.

3. Memantapkan persediaan atlet di Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP dan MSSM 2021.


TARIKH   : Dari 24 Mac 2021 hingga 28 April 2021 (6 minggu) 

HARI        : Isnin- Jumaat 

MASA       : Bebas 

TEMPAT  : Lokasi masing-masing 

PESERTA: Program ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dari sekolah kerajaan dan sekolah swasta di Negeri Pulau Pinang, Darjah 1 hingga Darjah 6 (tahun lahir 2008 - 2013). 

PENDAFTARAN: Setiap peserta wajib mengisi maklumat peribadi dalam Google Form melalui pautan di bawah SEBELUM ATAU PADA 20 MAC 2021 

https://forms.gle/Jag9pefUnUGuhZL39 


KAEDAH PELAKSANAAN : Google Classroom dengan Class Code atau dengan pautan 

sekolah kerajaan: 

https://classroom.google.com/c/MjYzMjE2MjY2NjA3?cjc=sheloir 

class code: sheloir 

sekolah swasta:

https://qrgo.page.link/sazRe

class code: ze7qzc4  


1.Peserta melatih dengan merujuk kepada garis panduan dan tayangan video latihan yang dimuat naik ke Google Classroom (Classwork). 

2. Peserta dikehendaki memuat naik 2 gambar latihan sendiri dan menghantarnya sebagai tugasan latihan asas Gimnastik Artistik harian (minggu pertama – minggu keempat). 

3. Untuk tugasan latihan kemahiran (minggu kelima – minggu keenam), murid-murid dikehendaki memuat naik SATU video (3-5 minit) mengikut senarai kemahiran yang ditetapkan. 

4. Murid-murid yang dapat mengikuti program selama 6 minggu dengan menghantar  SATU video kecergasan akan diberi e-sijil penyertaan peringkat negeri

5. Pelajar yang dikesan mempunyai potensi akan disenaraikan untuk program-program pembangunan yang akan dilaksanakan kemudian.

 

****Maklumat yang lebih teliti sila rujuk penerangan dalam Google Classroom****